Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

99) CUKAI PINTU PBT

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Tempatan boleh menangguhkan kenaikan kadar cukai pintu dalam masa PKP/PPN?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum memuktamadkan isu berkenaan perubahan kadar cukai pintu. Apa yang sedang dilaksanakan oleh semua PBT Negeri Selangor adalah proses penilaian semula cukai pintu selaras dengan keperluan di bawah peruntukan Seksyen 137 (3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta171) iaitu senarai nilaian baru hendaklah disediakan tiap-tiap lima (5) tahun. Oleh yang demikian, sebarang pertimbangan akhir ke atas perubahan kadar cukai pintu akan mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan keseimbangan perkhidmatan kerajaan, ekonomi dan sosial.

  2. Nyatakan tahun akhir peningkat cukai pintu bagai setiap PBT.

    Kali terakhir perubahan pada kadar cukai pintu adalah di MBSA iaitu pada tahun 2006. Berikut perincian tahun aras nilaian kadar cukai pintu mengikut PBT di Negeri Selangor:

     

    PBT Aras Tahun Nilian
    MBSA 2006
    MBPJ 1992
    MBSJ 1992 & 1996
    MPK 1993
    MPAJ 1997
    MPS 1992
    MPKj 1985
    MPSp 1996
    MPKL 1987
    MPKS 1997
    MDHS 1996
    MDSB 1986

Lampiran

Tiada Lampiran.