Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
186) CUKAI PINTU PBT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kadar cukai pintu kediaman dan perniagaan PBT Selangor dari 2008 hingga 2013?
Tiada perubahan kadar cukai pintu kediaman dan perniagaan PBT Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2013 malahan Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pengurangan cukai taksiran. Berikut merupakan kadar cukai pintu kediaman dan perniagaan PBT Negeri Selangor:
Bil. PBT Pegangan Kadar Cukai Tahun 2013 1. MBSA Kediaman 4% Perniagaan 7% 2. MBPJ Kediaman 7% Perniagaan 8.8% 3. MPK Kediaman 6.5% Perniagaan 7.5% 4. MPSJ Kediaman 5.0% Perniagaan 8.0% 5. MPS Kediaman 8.6% Perniagaan 10.8% 6. MPKj Kediaman 7.7% Perniagaan 8.8% 7. MPAJ Kediaman 5.5% Perniagaan 6.6% Bil. PBT Pegangan Kadar Cukai Tahun 2013 8. MPSp Kediaman 7.35% Perniagaan 8.45% 9. MDHS Kediaman 9.0% Perniagaan 11.0% 10. MDKS Kediaman 7% Perniagaan 8% 11. MDKL Kediaman 5.5% Perniagaan 11.0% 12. MDSB Kediaman 11.8% Perniagaan 12% -
Adakah nilai hartanah bagi kawasan kediaman dan perniagaan di 12 PBT Selangor sudah meningkat?
Ya, nilai hartanah bagi kawasan kediaman dan perniagaan di 12 PBT telah meningkat mengikut nilai pasaran semasa namun senarai nilaian dan kadar cukai taksiran yang diguna pakai oleh PBT tidak dinaikkan sejak lebih 20 tahun yang lepas seperti berikut:
Bil. PBT Tahun Senarai Nilaian Digunakan 1 MBSA 2006 2 MBPJ 1992 3 MPK 1993 4 MPSJ 1992 &1996 5 MPS 1985 6 MPKj 1985 7 MPAJ 1997 8 MPSP 1996 9 MDHS 1996 10 MDKS 1997 11 MDKL 1987 12 MDSB 1986 -
Untuk meringankan bebanan rakyat, adakah kerajaan bercadang untuk menurunkan kadar cukai, jika nilai hartanah melambung tinggi?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan dasar terhadap pengurangan cukai taksiran dengan pelaksanaan pengurangan 25% cukai taksiran bagi pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh Negeri Selangor. Pemberian ini telah bermula pada Penggal Kedua Cukai Taksiran Tahun 2012 dan ianya adalah bertujuan meringankan beban rakyat dengan keadaan pasaran hartanah yang melambung tinggi.
Kerajaan Negeri juga telah memberi pengurangan cukai taksiran kepada pemilik kediaman yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU).