Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
111) CUKAI PINTU PBT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon perincikan kadar cukai-cukai pintu kediaman bagi seluruh PBT di Selangor.
Kadar cukai pintu di PBT berbeza-beza mengikut jenis dan lokasi pegangan. Perincian kadar cukai pintu kediaman bagi seluruh PBT di Selangor adalah seperti di Lampiran A.
-
Mohon perincikan hasil daripada kutipan cukai pintu kediaman bagi selurub PBT di Selangor
Hasil daripada kutipan cukai pintu kediaman bagi seluruh PBT di Selangor adalah seperti berikut:
PBT Jumlah Kutipan Cukai Kediaman Tahun 2014 (RM)
MBSA 56,471,701.79 MBPJ 80,163,400.90 MPK 56,557,947.88 MPAJ 95,330,000.00 MPSJ 49,266,638.81 MPS 52,524,976.00 MPKj 38,180,952.42 MPSp 18,458,603.12 MDKS 12,772,694.79 MDHS 15,940,981.61 MDKL 11,604,179.44 MDSB 1,475,032.47 JUMLAH 488,747,109.23 -
Apakah Kerajaan Negeri ada cadangan untuk menaikkan kadar cukai pintu di mana-mana PBT dalam tempoh lima tahun dari sekarang?
Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk menaikkan kadar cukai taksiran. Ini berikutan keadaan taraf hidup semasa yang semakin meningkat dan pelaksanaan Cukai Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dilihat akan membebankan rakyat.
Walau bagaimanapun cukai taksiran merupakan penyumbang utama kepada pendapatan PBT Negeri Selangor dan dalam usaha meningkatkan hasil, PBT memberi fokus kepada aktiviti hasil bukan cukai, antaranya ialah dengan merancang pembangunan ekonomi setempat bagi menggalakkan pelesenan aktiviti penduduk, mengurus harta-harta majlis dengan lebih efisien (nilai sewaan yang kompetitif), penguatkuasaan (denda dan kompaun). Pengawalan perbelanjaan di majlis dengan mengamalkan konsep ‘value for money’ di mana semua perolehan kerja/barang adalah melalui proses sebut harga, tender selain mengamalkan sikap jimat-cermat dengan menggunakan sumber dalaman Majlis.