Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

202) CUKAI PINTU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kutipan cukai pintu dari 2014-2016 mengikut PBT

    Jumlah kutipan cukai pintu keseluruhan PBT tahun 2014 adalah sebanyak RM1,194.52 Juta, tahun 2015 sebanyak RM1,271.46 Juta dan sebanyak RM1,300.96 Juta bagi tahun 2016. Jumlah kutipan cukai pintu dari 2014 – 2016 mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT Tahun 2014 Tahun 2015 Tahun 2016
    Kutipan Cukai Pintu

    (RM Juta)

    Jumlah Tunggakan

    (RM Juta)

    Kutipan Cukai Pintu

    (RM Juta)

    Jumlah Tunggakan

    (RM Juta)

    Kutipan Cukai Pintu

    (RM Juta)

    Jumlah Tunggakan

    (RM Juta)

    MBSA 218.35 15.20 229.33 12.18 244.69 12.81
    MBPJ 205.67 38.32 224.47 6.83 221.04 18.95
    MPK 162.73 48.67 169.57 44.18 170.08 37.96
    MPAJ 98.32 12.92 95.33 10.51 104.37 4.86
    MPSJ 180.20 18.70 184.55 19.69 189.39 23.65
    MPSp 61.73 6.91 79.73 7.79 84.67 9.63
    MPKj 88.26 16.41 92.25 14.93 89.83 13.16
    MPS 90.37 16.17 95.84 11.03 91.53 8.95
    MDKL 23.38 9.73 26.58 9.55 24.69 9.96
    MDHS 42.93 24.46 49.62 28.16 51.15 25.30
    MDKS 18.26 4.93 19.36 6.29 20.84 4.23
    MDSB 4.32 0.81 4.83 0.92 8.68 1.21
    JUMLAH 1,194.52 213.23 1,271.46 172.06 1,300.96 170.67
  2. Nyatakan jumlah tunggakan cukai pintu dari 2014-2016 mengikut PBT

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengautomasikan sistem pungutan cukai bagi setiap PBT?

    Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan PBT bagi menambahbaik dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Bagi tujuan itu PBT telah mempermudahkan kaedah bayaran di mana ia bukan sahaja boleh dibuat secara kaunter atau, bahkan kebanyakan PBT turut memberikan perkhidmatan kutipan secara atas talian. Selain itu, PBT juga telah melaksanakan kaunter bergerak di kawasan strategik sebagi contoh di pasaraya dan kawasan tumpuan awam bagi memudahkan bayaran dibuat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.