Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
208) CUKAI PINTU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kadar cukai pintu di Selangor mengikut jenis/kategori.
Kadar cukai pintu adalah berbeza di antara PBT-PBT Negeri Selangor berikutan aras nilian tahunan yang berbeza di mana yang terkini adalah di MBSA pada tahun 2006. Kadar cukai pintu mengikut jenis/ kategori di PBT Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran 1.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula kadar cukai pintu tersebut?
Kerajaaan Negeri telah menerima beberapa permohonan dari PBT Negeri Selangor bagi semakan semula aras tahunan yang berkuatkausa di mana ianya memberi kesan langsung kepada cukai taksiran akan dikenakan ke atas pegangan di kawasan PBT. Perkara ini akan dilihat dan dikaji secara menyeluruh dan memastikan ianya tidak akan membebankan rakyat.