Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
143) CUKAI PINTU
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kutipan cukai pintu seluruh PBT di Negeri Selangor dari tahun 2021 dan 2022.
Jumlah kutipan cukai pintu seluruh PBT di negeri Selangor adalah berjumlah RM1,472.68 juta bagi tahun 2021 dan RM1,522.26 juta bagi bulan Januari sehingga Oktober 2022.
-
Senaraikan jumlah keseluruhan cukai pintu yang tertunggak sehingga kini
mengikut PBT seluruh Negeri Selangor.Soalan (b) dan (c) dijawab bersekali seperti berikut:
Jumlah tunggakan cukai pintu sehingga 31 Oktober 2022 adalah berjumlah RM172.42 juta dengan jumlah 490,987 orang pemilik akaun. Pecahan mengikut PBT adalah seperti di jadual yang berikut:
-
Berapa ramai jumlah individu pemegang akaun berdasarkan cukai pintu yang tertunggak tersebut?
Soalan (b) dan (c) dijawab bersekali seperti berikut:
Jumlah tunggakan cukai pintu sehingga 31 Oktober 2022 adalah berjumlah RM172.42 juta dengan jumlah 490,987 orang pemilik akaun. Pecahan mengikut PBT adalah seperti di jadual yang berikut: