Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
94) CUKAI PINTU
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat memberi diskaun cukai pintu kepada rakyat pada musim pandemik ini?
Pada masa ini, Pihak Berkuasa Tempatan tidak bercadang untuk mengurangkan kadar cukai pintu pada musim pandemik ini. Namun Kerajaan Negeri telah memberikan pengecualian cukai pintu kepada kediaman kos rendah dan kediaman kampung bermula dari tahun 2016.
-
Nyatakan kutipan cukai pintu dari 2016 hingga 2021 mengikut PDT.
Kutipan hasil cukai pintu bagi setiap PBT dari tahun 2016 sehingga 31 Julai 2021 adalah seperti jadual berikut: