Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
153) CUKAI PINTU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan berniat untuk meningkatkan cukai pintu?
Kerajaan negeri tidak bercadang untuk meningkatkan cukai pintu buat masa ini
berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 25 tahun
2009 yang telah diadakan pada 12 Ogos 2009 dan telah disahkan pada 19 Ogos
2009 yang telah bersetuju agar setiap PBT menjalankan penilaian terbaru cukai pintu
berdasarkan peruntukan seksyen 137(3) Akta Kerajaan Tempatan. Seksyen 137(3)
Akta Kerajaan Tempatan menyatakan bahawa nilaian baru perlu diadakan setiap
lima (5) tahun sekali atau dalam tempoh lain yang boleh dilanjutkan oleh Pihak
Berkuasa Negeri.
Keputusan tersebut juga telah menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan
menaikkan bayaran cukai pintu walaupun hasil daripada penilaian yang dilakukan
adalah tinggi.