Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

216) CUKAI PERNIAGAAN MPKS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis perniagaan yang perlu memohon lesen daripada MPKS?

    Terdapat 11 jenis perniagaan yang perlu memohon lesen daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Aktiviti-aktiviti perniagaan itu disenarai dalam UUK berkaitan dan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1996.

    Jenis perniagaan yang dimaksudkan ialah Perindustrian, Perniagaan, Pertanian dan Penternakan, Establisymen Makanan, Iklan, Pusat Siber dan Kafe Siber, Sukan Persendirian, Hotel, Kolam Renang, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan serta aktiviti Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan termasuk juga apa-apa perkhidmatan yang berbayar yang diberikan kepada penerima perkhidmatan.

     

  2. Adakah terdapat pengecualian khas untuk peniaga yang berniaga dari rumah terutama di kawasan kampung tradisi?

    Tiada pengecualian kepada peniaga yang berniaga dari rumah termasuk di dalam kawasan kampung tradisi. Namun ada diberikan kelonggaran kepada mereka yang berniaga kecil-kecilan sebagai pendapatan untuk sara diri.

Lampiran

Tiada Lampiran.