Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

30) CUKAI PERNIAGAAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kenaikan cukai perniagaan di Selangor dari 2008-2014 mengikut bidang?

    Merujuk keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 30/2013 bertarikh 9 Oktober 2013 telah menimbang dan meluluskan semua PBT Selangor mengguna pakai Kadar Fi Lesen Mengikut Kadar Di Bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian 2007 yang telah diwartakan pada 9 Julai 2007 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Kenaikan atau penurunan kadar adalah mengikut PBT masing-masing sebagai contoh:-

    i) Kadar kenaikan Fi Lesen di MDKL:

    Bil. Butiran

    Jenis Perniagaan

     

    Fi Lesen

    Menurut UUK 1987 (RM)

    Fi Lesen Menurut UUK 2007

    (RM)

    %

    Kenaikan

    1 Bateri 100.00 300.00 200
    2. Tayar & Tiub (Perkhidmatan Dan Pengimbangan Roda) 100.00 200.00 100
    3. Membaiki Dan Servis Kenderaan 200.00 300.00 50
    4. Bengkel Perabot, Pertukangan Atau Kusyen 150.00 200.00 33
    5. Percetakan Atau Menjilid Buku 200.00 300.00 50
    6. Kedai Perjudian Atau Ramalan Nombor 500.00 1,000.00 100
    7. Tukang Besi 100.00 200.00 100

    ii) Kadar penurunan Fi Lesen di MDKL:

    Bil. Butiran

    jenis perniagaan

     

    Fi Lesen

    Menurut UUK 1987 (RM)

    Fi Lesen Menurut UUK 2007

    (RM)

    % Penurunan
    1 Colok 200.00 150.00 25
    2. Penyaman Udara Dan Aksesori 250.00 200.00 20
    3. Kedai Barang Binaan (Kedai Hardware) 500.00 200.00 60
    4. Mencuci Atau Mengilat Kenderaan 200.00 150.00 25
    5. Menjual Karpet, Kain Langsir Dan Bingkai 400.00 200.00 50
    6. Kedai Alat Tulis 200.00 150.00 25
    7. Butik Kecantikan/

    Aksesori Kecantikan

    250.00 200.00 20
  2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan cukai perniagaan di Selangor?

    Secara umumnya, kenaikan cukai perniagaan / Fi Lesen adalah selaras dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan kos pentadbiran PBT serta ianya dipulangkan semula kepada peniaga melalui penyaluran perkhidmatan seperti kutipan sampah dan juga pemulihan infrastruktur yang lebih baik. Untuk makluman juga, Kerajaan Negeri sedang mengkaji semula kadar ini dan dijangka penggunaan kadar baru dilaksanakan pada Januari 2016.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.