Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

128) CUKAI JETI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan cukai jeti di Selangor?

    Pelaksanaan Caj Aktiviti Pengubahan Sumber bagi pembinaan jeti telah dilaksanakan selaras dengan Jadual Kedua, Perenggan 4(1)(a), Peraturan- Peratuan Aktiviti Pengubahan Sumber Negeri Selangor (2013). Caj ini dikenakan bagi jeti-jeti yang beroperasi di luar had pelabuhan di mana jeti-jeti yang terletak di dalam had pelabuhan adalah tertakluk di bawah Lembaga Pelabuhan Klang. Berikut merupakan senarai jeti-jeti di luar had pelabuhan yang berdaftar di bawah LUAS;

    • Low Kim Chuan dan Anak-Anak Sdn.
    • Lion Waterway Logistic Sdn.
    • East Coast Ocean Blue Services Sdn. Bhd.
    • Kaisar Maritime Sdn.
    • Rainbow Concept Construction Sdn.
    • Eagle Tours Sdn.
    • Sky Mirror Tour & Travel Sdn.

    Sehingga kini, caj jeti hanya dibayar oleh pengusaha jeti komersial yang dinyatakan di atas dan tiada kutipan caj yang diterima daripada jeti-jeti perikanan di Negeri Selangor.

  2. Nyatakan anggaran pendapatan Kerajaan Negeri hasil dari kutipan cukai tersebut.

    Anggaran kutipan hasil bagi Caj Aktiviti Pengubahan Sumber bagi pembinaan jeti untuk tahun 2018 adalah RM25,000.00 bagi jeti-jeti yang telah didaftarkan dan mendapat lesen daripada

Lampiran

Tiada Lampiran.