Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

348) CUKAI INDUSTRI DAN CUKAI TANAH DI HULU SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah data secara terperinci jumlah cukai taksiran dan cukai tanah yang dibayar oleh setiap syarikat Industri Berat dan Ringan yang ada di Hulu Selangor mengikut DUN/ADN untuk tahun 2024 dan tahun 2025?

    Pada dasarnya MPHS tiada membuat pembahagian bagi kategori cukai taksiran industri ringan,sederhana dan berat. Cukai taksiran yang dikenakan adalah mengikut keluasan bangunan atau keluasan tanah bagi kategori tersebut. Berikut adalah data bagi cukai taksiran di lampiran B dan data cukai tanah di lampiran C.

  2. Berapakah jumlah pekerja warga tempatan dan warga asing yang bekerja di syarikat-syarikat industri yang ada di Hulu Selangor mengikut nama-nama syarikat tersebut secara terperinci?

    Jumlah Pekerja warga tempatan dan warga asing adalah seperti berikut :

    Warganegara – 36,293

    Bukan warganegara – 6,032

    Perincian seperti di lampiran D.