Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

252) CUKAI IKLAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kutipan cukai pengiklanan pada tahun 2015 mengikut PBT

    Jumlah kutipan Fi Lesen Iklan pada tahun 2015 mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    PBT Jumlah Fi Lesen Iklan (RM)
    MBSA 1,873,876.00
    MBPJ 8,319,653.40
    MPK 2,718,427.30
    MPAJ 1,100,000.00
    MPSJ 3,191,505.98
    MPS 249,545.90
    MPKJ 1,188,930.00
    MPSP 142,611.84
    MDKL 553,496.00
    MDHS 240,203.00
    MDKS 321,243.49
    MDSB 8,764.00
    JUMLAH 19,908,256.91

     

  2. Berapakah kadar cukai yang dikenakan untuk pemasangan iklan di Selangor?

    Kadar Fi Lesen Iklan yang dikenakan untuk pemasangan iklan di Selangor adalah berbeza – beza di antara PBT di mana ianya adalah berdasarkan Undang – undang Kecil Iklan 2007 PBT. Secara umumnya, Fi Lesen Iklan dikenakan seperti berikut:

     

    • Jenis Iklan (bercahaya/ tidak bercahaya)
    • Saiz iklan di pemerkan (meter persegi)
    • Lokasi iklan di letakan (bangunan)

     

    Secara purata Kadar Fi Lesen Iklan yang dikenakan adalah dari RM3 hingga RM200 setiap satu bagi tempoh setahun tertakluk kepada jenis, saiz, permukaan dan lain – lain.

    Kadar Fi Lesen Iklan secara terperinci mengikut PBT adalah seperti di Lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.