Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
158) CSR MBI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa Jumlah dana digunakan oleh MBI untuk Program CSR setiap Tahun ?
Jumlah dana yang digunakan oleh MBI untuk sumbangan bagi menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri dan CSR setiap tahun adalah berbeza bergantung kepada keperluan dan tertakluk kepada bajet yang diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI serta baki tunai bersih yang dimiliki oleh MBI.
-
Dalam Skop dan bidang apa ?
Skop bidang yang terlibat adalah seperti perincian berikut:-
- Sumbangan bagi menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri
▪ Menyokong strategi belanjawan Kerajaan Negeri iaitu “Memacu Pembangunan Ekonomi Negeri’ sebagai badan induk pelaksana ke atas penyusunan dan pengklusteran anak syarikat.
▪ Inisiatif Smart Selangor yang melibatkan penyediaan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi, prasarana fizikal perpustakaan komuniti serta intervensi awal kanak-kanak bagi kawasan / golongan B40 dan M40,
▪ Kos penyusunan dan pengklusteran anak-anak syarikat,
▪ Bantuan dan sokongan kewangan memfokuskan perbelanjaan operasi anak-anak syarikat terutamanya entity-entiti yang telah diberi mandat sebagai pelaksana program ke arah misi Smart State 2025.
▪ Penyelesaian isu legasi yang berkaitan hakmilik seperti projek pembangunan di Pinggiran Batu Caves, Lestari Perdana dan lain-lain.
- Tanggungjawab sosial korporat MBI
Sumbangan tanggungjawab sosial korporat adalah berdasarkan kategori berikut:
▪ Keagamaan / Moral / Kebajikan
▪ Pembangunan infrastruktur
▪ Program Kerajaan Negeri
▪ Pembangunan Sukan
▪ Pembangunan Sosial
▪ Pendidikan