Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

156) COVID-19 ANTIGEN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengedarkan COVID-19 Antigen (ujian COVID-19 secara peribadi) kepada rakyat sebagai membantu kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19?

    Dalam mendepani penularan Covid-19 yang semakin pantas menjangkiti rakyat, Kerajaan Negeri menyedari kepentingan kit ujian kendiri Covid-19 oleh setiap individu. Justeru, Kerajaan Negeri dalam perancangan menyumbang 1,000 kit ujian air liur (saliva test kit) kepada setiap 56 DUN di Negeri Selangor bermula bulan September 2021.  Melalui sumbangan ini, ia akan dapat membantu rakyat dalam membuat penilaian kendiri ujian Covid-19 terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan dan seterusnya dapat menjalankan kuarantin kendiri bagi mengekang penularan Covid-19.

  2. Jika berhasrat memperluas program tersebut, berapakah anggaran kos yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tujuan tersebut?

    Bagi tujuan ini, dianggarkan sebanyak RM1.08 juta akan diperuntukan oleh Kerajaan Negeri yang akan memberi manfaat kepada 60,000 warga Selangor.  Ini seterusnya dapat membantu setiap individu yang didapati positif menjalani kurantin kendiri di rumah dan seterusnya berupaya mengawal perebakan wabak di kalangan komuniti.

Lampiran

Tiada Lampiran.