Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

383) COVID 19

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah langkah terkini Kerajaan Negeri Selangor dalam membendung dan mengawal pandemik Covid 19 di Negeri Selangor yang kini semakin merebak semula?

     

    Graf 1: Tren kes COVID-19 di Selangor mengikut kategori sehingga ME 23/ 2024 (Tarikh: 02/06/2024 sehingga 08/06/2024)

     

    Graf 1 menunjukkan terdapat sedikit tren peningkatan dilihat kepada bilangan kes daftar COVID-19 di Selangor sejak ME 18/ 2024 (tarikh 28 April hingga 4 mei) sehingga ME 23/ 2024 (tarikh 2 hingga 8 Jun 2024).

     

    Namun begitu, kapasiti hospital di Selangor pada masa ini dalam pengurusan kes COVID-19 masih mencukupi dan terkawal. Tiada peningkatan dalam kes COVID-19 yang kritikal yang memerlukan rawatan ICU di Selangor.  Untuk makluman, tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan di Selangor sejak 20 Mac 2024. Daripada 16 kematian COVID-19 yang dilaporkan di Selangor tahun ini, 62% daripada kes kematian tersebut tidak pernah divaksin atau tidak melengkapkan vaksinasi.

     

    Semasa, varian COVID-19 yang menular di Malaysia pada ketika ini adalah varian Omicron dan subvariannya, khususnya sublineage JN.1.11.1. Varian ini menyebabkan penyebaran jangkitan dengan mudah, namun tidak menyebabkan kesan yang teruk kepada mereka yang dijangkiti. Kebiasaannya, mereka yang mengalami kesan teruk akibat COVID-19 adalah golongan yang tidak divaksin atau tidak menerima dos penggalak, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi.

     

    Dengan penurunan imuniti terhadap COVID-19 dalam masyarakat, penting untuk menggalakkan vaksinasi, terutamanya mereka yang berada di dalam kumpulan berisiko tinggi iaitu golongan berusia 60 tahun ke atas, obes, wanita hamil, dan yang mempunyai komorbiditi. Perlu diingatkan bahawa masa yang optimum untuk mendapatkan dos penggalak adalah dalam tempoh 6 hingga 12 bulan selepas dos terakhir diterima. Temujanji untuk mendapatkan vaksinasi Covid 19 di fasiliti kesihatan terpilih di Selangor boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera

     

    Kementerian Kesihatan terus melaksanakan pemantauan lanjut berhubung kesan daripada gelombang baharu ini. Rakyat negeri Selangor dinasihatkan untuk terus mematuhi garis panduan kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk mengamalkan kebersihan yang baik, memakai pelitup muka di tempat sesak atau tertutup, serta mendapatkan vaksin COVID-19 dan dos penggalak jika layak.

  2. Apakah statistik penduduk yang dijangkiti Covid 19 dan yang telah sembuh ataupun yang telah meninggal dunia serta berikan secara terperinci keseluruhan berkenaan Covid 19 di Negeri Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.