Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
105) COUNCIL HOMES DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah ‘council homes' di Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, ‘Council Homes’ di Selangor yang diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) melibatkan sebanyak 200 unit yang terdiri daripada 2 blok iaitu Blok A dan Blok B di Pangsapuri Seri Cempaka, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
-
Berapakah kadar sewa bagi unit-unit rumah Council Homes di Bangi?
Kadar sewa bagi unit rumah ‘Council Homes’ di Bangi adalah bermula RM250.00 sebulan hingga RM600.00 sebulan. Perbezaan kadar sewa adalah berdasarkan kepada aras tingkat unit rumah, status perkahwinan dan pendapatan isi rumah tersebut.
-
Apakah kerajaan tidak bersedia membina rumah kebajikan seperti itu di setiap daerah?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada dalam perancangan untuk melaksanakan pembangunan ‘Council Homes’ baharu di Selangor. Namun demikian, Kerajaan Negeri pada masa ini sedang menumpukan usaha dalam memperluaskan dan memperbanyakan penyediaan penyewaan kediamaan di bawah Skim Smart Sewa sehingga 3,000 unit menjelang akhir tahun 2025.