Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

155) CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) OLEH MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan program-program CSR oleh MBI bagi tahun 2021 & 2022?

    Tahun

    Jumlah Sumbangan CSR MBI

    2021

    RM26,688,440.33

    2022 (setakat September)

    RM20,831,929.05

  2. Apakah kriteria utama dan syarat-syarat kelayakan program-program yang menerima pembiayaan dana CSR dari MBI?

    Bagi dana CSR MBI, pemohon mestilah beralamat/beroperasi di Selangor serta permohonan yang dipohon adalah seperti 4 kategori utama berikut :-

    1. Pendidikan
    2. Syariat & Syiar Islam
    3. Pendemokrasian & Pembangunan Komuniti
    4. Khas (Bencana Alam & Musibah)

Lampiran

Tiada Lampiran.