Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
332) CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) OLEH MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Corporate Social Responsibility (CSR) yang telah diberi oleh MBI dan anak-anak syarikat pada tahun 2015?
Butiran bagi aktiviti CSR MBI dan anak-anak syarikat dilampirkan bersama- sama jawapan
-
Adakah wujudnya garis panduan di MBI dalam menentukan penerima CSR?
MBI mempunyai garis panduan dalam menentukan penerima CSR.
-
Bagaimanakah MBI memastikan pengurusan CSR oleh anak-anak syarikatnya adalah telus?
MBI memastikan ketelusan dalam pengurusan CSR dengan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan seperti berikut;
Sumbangan hanya boleh dibuat kepada organisasi yang berdaftar di Pendaftar Pertubuhan, mana-mana agensi kerajaan atau pemimpin setempat. Tiada sumbangan kepada individu boleh
- Penerima-penerima yang dibenarkan :
- Persatuan
- Kelab
- Pertubuhan
- Institusi
- Badan-badan rumah agama
- Lain-lain seperti yang diluluskan Ahli Lembaga Pengarah (“ALP”).
- Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan :
- Aktiviti-aktiviti yang memberi kebaikan kepada pertubuhan seperti:
- Akademi
- Alam Sekitar
- Agama
- Sukan
- Kebajikan
- Kecemasan seperti :
- Kebakaran
- Banjir
- Tanah runtuh
- Lain-lain seperti yang diluluskan ALP
- Tiada sumbangan amal kepada kepada parti politik dibenarkan. Semua sumbangan amal mesti ikut prosedur
- Sumbangan amal yang membawa konflik adalah dilarang. Tidak kira apa jua bentuk atau