Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
159) CHILD GROOMING & EKSPLOITASI KANAK-KANAK
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah statistik penderaan dan keganasan atas talian yang melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor?
Sepanjang tahun 2020 sehingga 2022 (Jan – September) sebanyak 27 kes di laporkan. Pecahan statistik mengikut kes adalah seperti berikut ;
- Seksyen 5 sehingga 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 – Kesalahan –kesalahan yang berhubung dengan Pornografi Kanak- Kanak
- Seksyen 11 sehingga 13 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Kesalahan – kesalahan yang berhubungan dengan pengantunan kanak-kanak.
-
Apakah jenis penderaan dan keganasan atas talian tersebut?
Penderaan dan keganasan yang sering berlaku di atas talian melibatkan kanak- kanak ada adalah seperti berikut :
- Penderaan seksual melibatkan pornografi , berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak dan pengantunan kanak-kanak dan berjumpa dengan kanak-kanak selepas pengantunan.
- Terdapat juga kes di mana suspek menggunakan medium media sosial untuk berkomunikasi (grooming) dan kemudian melakukan lain-lain kesalahan seperti amang seksual fizikal/ bukan fizikal dan rogol.
-
Apakah rancangan dan langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri bagi membendung kes sebegini?
Pihak PDRM dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa pendekatan untuk membendung kes ini melalui
1.Program Women Awareness Campaign (WAC)
- Melalui ceramah, forum, pameran dan seminar yang melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak di peringkat komuniti bagi memupuk kesedaran dan memberi pendedahan tentang jenayah yang berlaku.
2. Program Child Awareness Campaign (CAC)
- Melakukan program ceramah dan pameran di peringkat Sekolah bagi memberi pendedahkan dan pendidikan tentang jenayah terutamanya jenayah melibatkan siber dikalangan kanak-kanak yang kebiasaanya menjadi mangsa dalam kes ini.