Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

105) CERUN TANAH RUNTUH DI KM12 JALAN RAWANG – SELAYANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca yang menyebabkan insiden keruntuhan cerun tanah di KM12 Jalan Rawang ke Selayang pada 2hb November 2009?

    1. Untuk makluman kejadian cerun runtuh pada 3 November 2010 (2.40 pagi) berlaku di KM16.5 Laluan Persekutuan FT001 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh, Bandar Baru Selayang berhampiran Selayang Heights. Tiada kejadian tanah runtuh berlaku di KM12 seperti yang dilaporkan.

     

    Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati antara faktor-faktor berlakunya insiden kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut adalah :

     

    1. Jumlah terkumpul keamatan (density) hujan sebanyak 177mm 14 hari sebelum berlakunya tanah runtuh dikenal pasti sebagai faktor pencetus kepada tanah runtuh.
    2. Sistem perparitan yang tidak sempurna dan pecah di atas puncak cerun. Tiada sistem tanggaan cerun bersama sistem perparitan turut menyumbang kepada faktor cerun runtuh. Kegagalan memesongkan aliran air menyebabkan air larian permukaan meresap ke permukaan cerun dan menepukan struktur tanah di kawasan tersebut.
    • Cerun tambak tersebut tidak dibina mengikut spesifikasi pemadatan tanah (end tipping material). Ini berdasarkan ujian JKR Probe yang menunjukkan tanah di kawasan tersebut lebih lembut berbanding kawasan
    1. Analisa Digital Terrain Modelling menunjukkan keadaan cerun sebelum runtuh merupakan kawasan

     

  2. Siapakah pihak bertanggungjawab yang menyebabkan keruntuhan cerun tanah ini dan apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan negeri bagi memastikan kestabilan cerun tanah tersebut dan kawasan yang berdekatan?

    1. Kejadian tanah runtuh tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor seperti jumlah keamatan hujan yang tinggi sebelum berlakunya kejadian tanah runtuh, tiada sistem perparitan di puncak cerun menyebabkan air larian permukaan tidak dapat dipesongkan dari memasuki permukaan cerun, dan cerun tambak yang tidak mengikut spesifikasi pemadatan tanah (end tipping material). Kejadian tanah runtuh tersebut berlaku di dalam kawasan yang dimiliki oleh kerajaan negeri

     

    Tindakan awalan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kestabilan cerun tanah dan kawasan yang berdekatan adalah :

     

    1. Membina satu struktur penahan sementara di kaki runtuhan cerun bagi menghalang aliran puing/ lumpur dari memasuki
    2. Permukaan cerun yang runtuh dan rekahan tegangan di puncak cerun dilindungi dengan heavy duty plastic
    • Membina sistem perparitan dan penyenggaraan
    1. Pemantauan yang berterusan ke atas
  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan insiden cerun tanah runtuh khasnya pada musim-musim hujan?

    1. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kejadian insiden tanah runtuh adalah :

     

    1. Melalui kerja-kerja pengukuhan cerun dengan membina struktur-struktur tembok penahan seperti Reinforced Earth Wall, Reinforced Concrete Wall, Soil Nailing, Guniting, Debris Barrier dan sebagainya di jalan –jalan yang berisiko bagi menstabilkan cerun. Memastikan pembinaan sistem perparitan cerun yang sempurna serta mengikut standard dan spesifikasi semasa perancangan dan pembinaan
    2. ‘Menghijaukan’ cerun dengan menanam rumput  seterusnya  dapat mengurangkan air larian permukaan terus meresap ke dalam tanah. Menggalakkan kajian dan penggunaan teknologi bio-engineering yang lebih  mesra alam.
    • Sistem penyenggaraan cerun yang berkala. Membaiki sistem perparitan cerun yang rosak dan membersihkan sekiranya tersumbat. Mewujudkan nota dan garis panduan pemeriksaan cerun oleh Jabatan Kerja Raya .
    1. Menggalakkan kajian dan pembangunan (R&D) bagi mengenalpasti teknologi terkini yang boleh diguna pakai bagi membantu menstabilkan cerun. Mengumpul data-data berkaitan, menganalisis dan mentafsir data tersebut bagi membantu menilai keberkesanan teknologi dan metodologi yang
    2. Selain itu, sebarang perancangan dan pembangunan di tanah tinggi perlu disemak terlebih dahulu oleh pihak berwajib serta mengikut spesifikasi dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pelbagai agensi berkaitan. Sebagai contoh, Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 1997 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan dan Tempatan  dan sebagainya. Menyemak polisi dan penguatkuasaan akta-akta dan garis panduan berkaitan cerun yang sedia
    3. Membangunkan sistem amaran awal dengan memasang peralatan instrumentasi di cerun-cerun berisiko bagi memantau dan membuat
    • Membangkitkan kesedaran awam dengan membuat program-program dab memberi ceramah berkaitan untuk menambah kefahaman awam  mengenai  tanah runtuh seterusnya dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha-usaha mengelakkan kejadian tanah

     

Lampiran

Tiada Lampiran.