Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
95) CERUN RUNTUH TIGA KALI DI JALAN LEE WOON
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pemaju cadang buat rumah di cerun. MPAJ lulus. Cerun runtuh di lokasi pertama, MPAJ buat tembok konkrit. Lepas berapa tahun cerun lain runtuh di lokasi kedua. Sebab cerun runtuh dakwaan disebabkan aliran air yang disalurkan oleh pemilik rumah sebelah. Tuan rumah mendapat notis agar memperbaiki cerun dalam kawasan rumahnya. erlu buat soil-test yang kosnya tinggi. Berlaku lagi cerun runtuh di lokasi ketiga berhampiran cerun yang runtuh di lokasi kedua. MPAJ hanya membaiki cerun yang runtuh di lokasi ketiga sahaja. MPAJ masih mengenakan tuan rumah membuat soil-test sebelum membaiki cerun runtuh dalam kawasan rumahnya. Apakah tiada tolak-ansur dan jalan tengah bagi menyelesaikan masalah ini?
Untuk makluman tanah yang mengalami runtuhan tersebut adalah tanah milik individu. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan notis agar pemilik segera melaksanakan kerja-kerja pembaikan disebabkan berlaku dalam kawasan persendirian. Namun tiada sebarang tindakan dilaksanakan oleh pemilik tanah bercerun tersebut. Kegagalan melaksanakan pembaikan dengan segera telah menyebabkan runtuhan susulan berlaku ke tanah bersebelahan milik individu lain. Bagi melaksanakan pembaikan runtuhan yang melibatkan tanah milik individu lain telah menyebabkan kos menjadi lebih besar. Ianya turut melibatkan kajian tanah perlu dilaksanakan bagi memastikan rekabentuk penstabilan yang akan dilaksanakan mematuhi garis panduan dan aspek teknikal kejuruteraan.