Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
51) CERUN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memasang sistem amaran awal (EWS) disemua cerun yang berisiko tinggi?
Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan sistem amaran awal disemua cerun yang berisiko tinggi. Kerja-kerja pemasangan awal telah dilaksanakan di peringkat PBT. Diperingkat JKR Malaysia melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun juga telah dilaksanakan sistem pemasangan EWS di Selangor.
-
Berapakah kawasan cerun yang sudah dipasang sistem amaran awal (EWS)? Senaraikan.
Pemasangan EWS dibawah JKR Malaysia adalah di empat lokasi seperti berikut:
i)Laluan FT55 Sec.7.9 Jalan K.Kubu Baru-Gap
ii) Laluan FT55 Sec.26.1 Jalan K.Kubu Baru-Gap
iii)Laluan FT55 Sec.16.2 Jalan K.Kubu Baru-Gap
iv) Taman Hillview, Ampang
Pemasangan EWS oleh MPAJ di (4) lokasi iaitu di dua lokasi di kawasan DUN Bukit Antarabangsa dan dua lokasi di DUN Teratai.
Pemasangan EWS oleh JMG Selangor di (3) lokasi iaitu di Taman Rawang Perdana, Jalan Pinggiran Putra, Sepang & Jalan Desa Pelangi Hulu Langat.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk pemasangan sistem amaran awal?
Tiada peruntukkan khusus peruntukkan bagi pemasangan sistem amaran awal untuk JKR Selangor. Pemasangan EWS diperingkat PBT MPAJ yang bernilai RM4.8 Juta. Manakala JMG Selangor pula dengan pemasangan Tilt Censor, Tolok Hujan, CCTV, Industrial Router & Siren dengan kos keseluruhan sebanyak RM300 ribu. Walaubagaimanapun, peruntukan pembaikan cerun (corrective action) diterima melalui kelulusan peruntukan MARRIS dan peruntukan persekutuan daripada Kementerian Kerja Raya sekiranya pembaikan diperlukan.