Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
51) CERUN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pemulihan cerun di DUN Bukit Antarabangsa?
Pemulihan cerun di DUN Bukit Antarabangsa tidak berada dibawah pengawalan pihak JKR Selangor.
-
Berapakah jumlah peruntukkan bagi kos pemulihan dan penyelenggaraan cerun di Selangor?
Peruntukan bagi kos pemulihan dan penyelenggaraan cerun di Selangor diterima daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan disalurkan melalui Kementerian Kerja Raya dan Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia dan pembaikan ini hanya melibatkan cerun di jalan JKR sahaja. Bagi tahun 2023, peruntukan bagi kerja pembaikan cerun di jalan persekutuan adalah sebanyak RM5,727,000.00 manakala peruntukan bagi kerja pembaikan cerun di jalan negeri adalah sebanyak RM2,969,000.00.
Bagi peruntukan daripada Kerajaan Negeri pula, kos kerja-kerja pembaikan cerun di laluan B66 sek 14.0 Jalan Batang Kali-Genting Daerah Hulu Selangor adalah berjumlah RM19 Juta dan kerja-kerja pembaikan cerun di Laluan B32 Jalan Bukit Peras-Kuala Klawang Daerah Hulu Langat diperuntukan sebanyak RM31.2 Juta
-
Adakah Kerajaan Negeri menerima peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan? Jika ada mohon diperincikan.
Ya, Kerajaan Negeri ada menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan perincian adalah seperti di Lampiran A.