Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

112) CERAMAH POLITIK DI MASJID DAN SURAU

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan masjid dan surau tidak di salah gunakan untuk tujuan ceramah politik?

    Antara langkah dan tindakan yang telah di ambil ialah :

    1. Membuat pindaan Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan “ Mana-mana orang yang mengajar, cuba mengajar atau menyebabkan pengajaran agama Islam tanpa tauliah yang diberikan dibawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali “.
    2. Memantapkan pengurusan masjid dan surau di Negeri Selangor dengan membuat Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) 2017 yang lebih komprehensif dan teratur  bagi menggantikan Kaedah-Kaedah Pegawai Dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995.
    3. Menyediakan program latihan kepada Pegawai-pegawai Masjid dan Pengerusi Surau bagi memberi kefahaman dan pendedahan kepada mereka berkaitan enakmen, peraturan dan garis panduan yang dikuatkuasakan oleh MAIS dan
    4. JAIS dalam mengurus tatakelola pengurusan masjid dan surau di Negeri Selangor
    5. Mengeluarkan Pekeliling Khas Larangan Menggunakan Masjid Dan Surau Di Negeri Selangor Bagi Menjalankan Apa-Apa Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Politik ke semua Pejabat Ahli parlimen Dan Ahli Dewan Neger
    6. Mengeluarkan surat tunjuk sebab dan mengambil tindakan penamatan atau penggantungan tugas sebagai nazir atau pengerusi surau jika di dapati cuai
    7. atau sengaja melanggar peraturan, garis panduan atau pekeliling yang dikuatkuasakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.