Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

166) CCTV DAN GODELL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kajian yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk perjanjian kontrak CCTV dan Godell yang digunapakai oleh PBT sebelum tahun 2008?

    Untuk makluman, status terkini kajian yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi perjanjian kontrak CCTV dan Godell telah pun selesai. Kajian terhadap Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. telah selesai pada tahun 2008 di mana bermula 1 April 2008, Sistem Kutipan Hasil Tempat Letak Kereta Bersepadu Secara Bayar Dan Peraga/Pay And Display (P&D) telah dilaksanakan oleh Syarikat Godell Parking Bhd. (GPSB) di .

    Perjanjian Kontrak CCTV juga telah ditandatangani antara syarikat kontraktor dan Kerajaan Negeri pada 26 Mei 2011 dan kini kerja-kerja pemasangan kamera CCTV sedang dilaksanakan di semua Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menamatkan kontrak-kontrak tersebut?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menamatkan kontrak-kontrak tersebut memandangkan kerja-kerja pemasangan CCTV masih di dalam pelaksanaan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah menandatangani perjanjian bersama Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd masih mengguna pakai perkhidmatan syarikat tersebut bagi mengutip hasil tempat letak kereta di kawasan masing-

  3. Siapakah kontraktor dan kos yang terlibat dalam pembekalan CCTV baru kepada PBT dan adakah CCTV baru ini membantu penyelesaian kes jenayah? Berikan butir-butir.

    Kontraktor yang terlibat dalam membekalkan CCTV di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor adalah GTC Technologies Sdn Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan GTC Technologies Sdn. Bhd. melibatkan urusan sewaan CCTV selama 20 tahun yang melibatkan kos sebanyak

    RM 117,244,800.00 atau RM 5,862,240 setahun. Sebanyak 414 buah kamera CCTV akan dipasang di sekitar kawasan pentadbiran PBT.

     

    Projek Pemasangan kamera CCTV merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu jenayah dan menjadikan Selangor sebagai negeri yang mempunyai persekitaran yang lebih selamat untuk didiami. Penentuan lokasi kamera adalah berdasarkan pertimbangan PBT bersama-sama pihak PDRM dan kawasan yang terpilih merupakan kawasan‘hot-spot’yang juga merangkumi kawasan yang sering berlaku jenayah. Proses pemantauan yang dilaksanakan secara bersama antara PBT dan PDRM ini dijangka akan dapat membantu mengurangkan kadar jenayah bagi negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.