Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

61) CCTV

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana status pemasangan dan perlaksanaan 2000 unit CCTV yang dilengkapi teknologi face recognition?

    Kerajaan Negeri Selangor (“KNS”) berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan sejahtera kepada penduduk di sekitar Selangor selaras dengan visi program Smart Selangor untuk menjadi sebuah negeri pintar berdayahuni (Liveable Smart State) menjelang 2025.

    Secara dasarnya, tanggungjawab memastikan keselamatan awam adalah di bawah Polis Diraja Malaysia (“PDRM”) di bawah Kerajaan Persekutuan. Namun, KNS telah juga mengambil langkah proaktif bagi membantu pihak PDRM dan juga penguatkuasaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (“PBT”) untuk meningkatkan kecekapan pemantauan tempat-tempat awam menerusi pembangunan inisiatif Kamera Litar Tertutup Beranalitik (“CCTV”) di bawah program Smart Selangor.

    Inisiatif ini mensasarkan pembangunan dan pengoperasian sejumlah 200 unit CCTV pada akhir 2021 yang akan diupayakan dengan sistem pemantauan berasaskan ‘facial recognition’ dan ‘event analytics’ yang akan dioperasikan di kawasan awam di PBT. Inisiatif Ini akan memastikan pengoperasian CCTV yang berterusan berdasarkan Artificial Intelligence (“AI”) untuk tujuan pengecaman ataupun pemantauan khusus secara berterusan.

    CCTV yang dipasang ini juga akan dihubungkan ke Smart Selangor C5i Operations Centre (“SSOC”) dan diikuti dengan penguatkuasaan di PBT. Setakat ini sebanyak 111 CCTV (unit awal) telahpun dipasang di lapangan.

    SSDU mensasarkan untuk mencapai tahap pemasangan CCTV yang lengkap 200 unit CCTV pada akhir 2021 atau selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2022 di beberapa PBT terpilih. Jumlah CCTV yang lebih tinggi dijangka akan dapat dicapai pada masa hadapan dengan penglibatan lebih banyak PBT dan agensi setelah penilaian keberkesanan dan pengoperasian 200 unit awal CCTV ini dibuat pada tahun 2022, kerana ianya juga akan tertakluk kepada isu perundangan dan keberkesanan penyelarasan operasi di antara agensi negeri dan persekutuan yang berkaitan.

  2. Lokasi CCTV dilengkapi teknologi face recognition yang telah dipasang di kawasan MPS.

    Di bawah Program Bandar Selamat, terdapat 50 unit CCTV yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2013. Manakala terdapat 24 unit CCTV yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di kawasan Majlis Perbandaran Selayang. Kesemua kamera tersebut telah dinaik taraf daripada kamera jenis analog kepada digital. Teknologi kamera digital ini telah sedia untuk kegunaan teknologi face recognition namun fungsi tersebut perlu diaktifkan oleh pihak vendor.

  3. Apakah rancangan seterusnya bagi kegunaan CCTV ini?

    Bagi perancangan seterusnya terhadap kegunaan CCTV, Kerajaan Negeri Selangor (KNS) telah mengatur beberapa Langkah untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap empat ratus empat belas (414) unit CCTV sedia-ada secara berperingkat. Penambahbaikan tersebut bakal merangkumi perkara-perkara berikut:

    1. Penglibatan sebelas (11) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, kecuali Majlis Perbandaran Ampang Jaya;
    2. Pelaksanaan gabungan keupayaan analitik yang bersesuaian di setiap lokasi CCTV;
    3. Pengintegrasian paparan CCTV dengan keupayaan analitik secara berpusat ke C5i Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang bertempat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam; dan
    4. Paparan CCTV dengan keupayaan analitik di sebelas (11) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

    Penambahbaikan tersebut bakal dilaksanakan menerusi program Smart Selangor dan pelaksanaannya dianggarkan dapat menyantuni beberapa perkara seperti berikut:

    1. Pengintegrasian paparan CCTV secara berpusat untuk pemantauan dan informasi secara hampir masa nyata kepada Kerajaan Negeri Selangor (KNS); dan
    2. Keupayaan analitik yang bersesuaian untuk pengesanan sesuatu insiden bagi membolehkan pemantauan yang lebih berkesan (tanpa eye-balling) di kalangan anggota penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pengoperasian di SSOC.

     

     

    Maklumat tambahan : MPS

    1. a) Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, di bawah Program Bandar Selamat terdapat 50 unit CCTV kontrak SUK dan 24 unit CCTV kontrak KPKT. Kesemua kamera tersebut telah dinaiktaraf daripada kamera jenis analog kepada digital. Teknologi kamera digital ini telah sedia untuk kegunaan teknologi face recognition namun fungsi tersebut perlu diaktifkan oleh pihak vendor.

    KPKT CCTV

    Camera Name Council Location Coordinate
    KPKT-MPS-C01 MPS Petronas Jalan Besar Selayang Baru 3°14’37.61″N 101°40’2.13″E
    KPKT-MPS-C02 MPS Simpang Jalan 11 3°14’49.54″N 101°40’18.50″E
    KPKT-MPS-C03 MPS Simpang Jalan 11B 3°14’53.01″N 101°40’16.70″E
    KPKT-MPS-C04 MPS Simpang Jalan 49 3°15’17.19″N 101°39’55.90″E
    KPKT-MPS-C05 MPS Jalan 29, Simpang Jalan 27 3°15’2.89″N 101°39’58.89″E
    KPKT-MPS-C06 MPS Jalan 29, Simpang Jalan 35A 3°14’56.99″N 101°39’46.31″E
    KPKT-MPS-C07 MPS Jalan 42, Simpang Jalan 45 3°15’23.96″N 101°40’4.38″E
    KPKT-MPS-C08 MPS Tokong Cina 3°15’10.56″N 101°39’51.91″E
    KPKT-MPS-C09 MPS Jalan 1, Simpang Jalan 1C 3°14’47.70″N 101°40’2.19″E
    KPKT-MPS-C10 MPS Jalan 9 selayang Baru 3°14’51.70″N 101°40’8.78″E
    KPKT-MPS-C11 MPS Bulatan Beringin 3°15’2.29″N 101°39’28.59″E
    KPKT-MPS-C12 MPS Maybank Bandar Baru selayang 3°15’22.18″N 101°39’22.02″E
    KPKT-MPS-C13 MPS Selayang Capitol 3°14’28.28″N 101°38’55.33″E
    KPKT-MPS-C14 MPS Selayang Mall 3°14’11.59″N 101°38’37.23″E
    KPKT-MPS-C15 MPS Shell Selayang Jaya, Jalan SJ 20 3°14’20.61″N 101°38’58.77″E
    KPKT-MPS-C16 MPS Courts mammoth Jalan SU 10 3°14’17.11″N 101°38’40.18″E
    KPKT-MPS-C17 MPS C17- Cimb Warta 3°14’6.32″N 101°40’19.28″E
    KPKT-MPS-C18 MPS C18- Hong Leong Bank 3°14’5.26″N 101°40’24.74″E
    KPKT-MPS-C19 MPS Plaza UMNO 3°14’9.41″N 101°40’44.41″E
    KPKT-MPS-C20 MPS Jalan SBC3, Batu Caves 3°14’4.53″N 101°41’13.42″E
    KPKT-MPS-C21 MPS Tangki Air Taman Samudera 3°13’58.76″N 101°41’43.66″E
    KPKT-MPS-C22 MPS Jalan Samudera Utara 2 3°14’5.79″N 101°41’55.32″E
    KPKT-MPS-C23 MPS Hadapan Batu Caves 3°14’7.90″N 101°40’57.70″E
    KPKT-MPS-C24 MPS Pinggiran Batu Caves 3°15’1.33″N 101°41’37.45″E

     

     

    SSCS CCTV

    Camera Name Council Location Coordinate
    SSCS-MPS-C01 MPS Jalan PS 8, Persimpangan Selayang Prima, Selayang 3° 14’43.96″ 101°39’01.24″
    SSCS-MPS-C02 MPS Jalan Bidara, Jambatan Pejabat Tanah Gombak, Selayang 3° 15’46.14″ 101°39’12.55″
    SSCS-MPS-C03 MPS Jalan Ulu Yum, Hentian Pertama, Hulu Yam 3° 17′ 6.07″ 101°41’43.83″
    SSCS-MPS-C04 MPS Simpang 3, Jalan Bendahara 4, Kg Bendahara, Sg Tua 3° 15’42.14″ 101°40’33.81″
    SSCS-MPS-C05 MPS Jln 2/14, Bandar Baru Selayang 3° 15’22.54″ 101°39’29.77″
    SSCS-MPS-C06 MPS Persiaran 3, Bulatan Siantan 3° 15’12.76″ 101°39’12.39″
    SSCS-MPS-C07 MPS Jalan Samudera Timur, Tmn Samudera Batu Caves 3° 14’06.22″ 101°41’56.30″
    SSCS-MPS-C08 MPS Jln Batu Caves 3° 14’17.33″ 101°40’51.28″
    SSCS-MPS-C09 MPS Jln TIB 1/4 Taman Industri Bolton 3° 14’22.23″ 101°41’44.92″
    SSCS-MPS-C10 MPS Jalan SBC 5, Samudera Barat, Tmn Samudera 3° 14’07.15″ 101°41’27.71″
    SSCS-MPS-C11 MPS Jln Lebuh Utama Tmn Sri Gombak 3° 14’08.72″ 101°41’58.48″
    SSCS-MPS-C12 MPS Jln Muhibah, Tmn Tasik, Taman Sri Gombak 3° 14’54.38″ 101°42’21.35″
    SSCS-MPS-C13 MPS Jln SG 3/2, Pasar Taman Sri Gombak 3° 14’29.29″ 101°42’10.61″
    SSCS-MPS-C14 MPS Jln 4, Persimpangan Taman Selasih, Greenwood Gombak 3° 13’46.47″ 101°42’11.01″
    SSCS-MPS-C15 MPS Jln TIB 1, Simpang Jalan SG ½ 3° 14’11.17″ 101°41’51.36″
    SSCS-MPS-C16 MPS Jln SG 3/10, Bulatan Lanting Tmn Sri Gombak 3° 14’34.78″ 101°42’07.59″
    SSCS-MPS-C17 MPS Jln SG 1/2, Taman Sri Gombak 3° 14’10.75″ 101°41’56.47″
    SSCS-MPS-C18 MPS Jln SG 3/19, Taman Sri Gombak 3° 14’32.46″ 101°42’22.55″
    SSCS-MPS-C19 MPS Hentian Putra Taman Melati 3° 13’10.71″ 101°43’19.54″
    SSCS-MPS-C20 MPS Jln Batu Caves, Gombak 3° 14’02.56″ 101°42’22.11″
    SSCS-MPS-C21 MPS Tasik Taman Bersatu Rawang 3° 18’27.21″ 101°34’54.24″
    SSCS-MPS-C22 MPS Jln Bulatan Pekan Rawang 3° 19’11.45″ 101°34’32.22″
    SSCS-MPS-C23 MPS Mutiara Rawang 3° 19’46.03″ 101°34’46.36″
    SSCS-MPS-C24 MPS Jln Bandar Rawang 2, Rawang 3° 19’21.42″ 101°34’34.64″
    SSCS-MPS-C25 MPS Jln Welman,Pekan Rawang 3° 19’08.34″ 101°34’30.55″
    SSCS-MPS-C26 MPS Pejabat MCA, Taman Jati Rawang 3° 18’26.36″ 101°35’10.19″
    SSCS-MPS-C27 MPS Persimpangan Kuala Garing, Rawang 3° 18’57.33″ 101°34’10.90″
    SSCS-MPS-C28 MPS Jln Rawang Mutiara 2 , Rawang Mutiara 3° 19’35.97″ 101°34’50.30″
    SSCS-MPS-C29 MPS Jln Idaman 1, Rawang 3° 18’37.30″ 101°33’26.23″
    SSCS-MPS-C30 MPS Jln Desa Utama Bandar Country Home, Rawang 3° 19’13.34″ 101°31’33.21″
    SSCS-MPS-C31 MPS Taman Daya, Padang Taman Daya N 03 13.323 E 101  38.155
    SSCS-MPS-C32 MPS Bulatan Taman Ehsan N 3°13’17.27″ E 101°37’32.60″
    SSCS-MPS-C33 MPS Perhentian Bus, Wangsa Permai N 03 12.486 E 101  36.662
    SSCS-MPS-C34 MPS Kepong Industrial Park, Simpang Tiga N 03 12.381 E 101  36.436
    SSCS-MPS-C35 MPS Aman Puri, Lorong D1/5, Appartment N 03 12.747 E 101  36.924
    SSCS-MPS-C36 MPS Hospital Sungai Buloh, Luar Pagar N 03 13.237 E 101  35.017
    SSCS-MPS-C37 MPS Indah Perdana, Jalan Perdana 1 N 03 13.189 E 101  38.180
    SSCS-MPS-C38 MPS Jalan 53/54, Kawasan Tengah Padang N 03 12.804 E 101  37.935
    SSCS-MPS-C39 MPS Taman Desa Jaya N 03 13.002 E 101  37.839
    SSCS-MPS-C40 MPS Stesen Komuter Sungai Buloh N 03 12.400 E 101  34.785
    SSCS-MPS-C41 MPS Pasar Pagi Pekan Kundang N 03 16.762 E 101  30.875
    SSCS-MPS-C42 MPS Simpang Ke Lebuhraya LATAR N 03 16.267 E 101  30.837
    SSCS-MPS-C43 MPS Jalan 7A/1 Bandar Tasik Puteri N 03 17.193 E 101  28.377
    SSCS-MPS-C44 MPS Simpang masuk kota puteri seksyen 5, Batu Arang & Rawang N 03°17’55.46″ E 101  26’20.41″
    SSCS-MPS-C45 MPS Pinggiran Lembah Hijau 1, Simpang Tiga,  Blok 26 Bandar Tasik Puteri N 03 17.530 E 101  28.317
    SSCS-MPS-C46 MPS Bulatan Batu Arang N 03 19.115 E 101  28.326
    SSCS-MPS-C47 MPS Jln Setia Ke Simpang Masuk Tasik Biru, Kuang N 03 14.931 E 101  31.746
    SSCS-MPS-C48 MPS Simpang Empat Batu 18 Kuang N 03 14.220 E 101  32.371
    SSCS-MPS-C49 MPS Simpang Tiga  Bukit Rahman Putra N 03 13.716 E 101  33.403
    SSCS-MPS-C50 MPS Simpang Taman Sri Putra/Impian Indah/Matang Pagar N 03 14.705 E 101  33.649

Lampiran

Tiada Lampiran.