Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
294) CCC MASJID BUKIT KAPAR 2
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status CCC Masjid Bukit Kapar 2?
Masjid Bukit Kapar masih lagi belum mendapat perakuan penuh CCC. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Bomba telah membuat pemeriksaan dan mendapati masjid ini selamat untuk digunakan.
-
Apakah halangan dan usaha yang telah dilaksanakan untuk mendapatkan CCC tersebut?
Halangan utama adalah menyediakan laluan susur masuk dan keluar dari masjid ke laluan utama yang dibimbangi akan membahayakan pengguna jalan raya. Keperluan menyediakan laluan susur masuk dan keluar ini tidak dapat disediakan oleh Syarikat Pantai Bharu selaku pemaju projek pembinaan masjid berkenaan. Pihak agensi teknikal khususnya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Klang wajar membantu pihak perunding untuk menyelesaikan masalah ini agar halangan mendapatkan CCC tidak berpanjangan.