Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

54) CAWANGAN JABATAN ALAM SEKITAR DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan cawangan Jabatan Alam Sekitar yang mempunyai pejabat di Selangor.

    Pada masa kini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor mempunyai empat (4) pejabat cawangan iaitu di Sepang, Kajang, Gombak dan Sabak Bernam dengan kekuatan anggota seramai 40 orang. Setiap pejabat JAS Cawangan berperanan untuk menjalankan penguatkuasaan pencemaran alam sekitar terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mencadangkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk membuka satu cawangan di Daerah Hulu Selangor bagi memudahkan pemantauan terhadap kilang-kilang di Hulu Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Jabatan ini amat menyambut baik cadangan bagi menambah cawangan baru di Daerah Hulu Selangor memandangkan terdapat sebanyak 340 kilang-kilang yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 di daerah ini yang berpotensi menyebabkan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya pejabat cawangan yang khusus, kawalan ke atas punca-punca industri di Daerah Hulu Selangor dapat dilaksanakan secara lebih berkesan terutama kepada kilang-kilang berefluen yang berpotensi menyebabkan pencemaran Sungai Selangor yang menjadi sumber bekalan air utama negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.