Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
41) CARUMAN WANITA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Caruman Wanita Selangor akan dilaksanakan?
Ia akan dilaksanakan pada akhir tahun 2014 ini.
-
Apakah bentuk caruman yang akan dilaksanakan?
Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti lanjut tiga bentuk caruman yang dicadangkan di peringkat kajian dan analisis:
- Model Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berlandaskan caruman bulanan
- Model Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO)
- Model SMUE berlandaskan faktor-faktor kritikal mengenai keperluan semasa ibu tunggal akibat kematian suami, perceraian atau kehilangan keupayaan suami mencari nafkah.
Ketiga-tiga bentuk di atas mempunyai sistem pungutan atau pengagihan kepada golongan sasaran dengan cara yang berbeza dan mempunyai implikasi kewangan yang berbeza.
*Suatu bentuk kombinasi antara kedua i. & ii. di atas juga sedang dipertimbangkan.