Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
77) CARUMAN TAKAFUL WARGA EMAS, ORANG KURANG UPAYA DAN ANAK YATIM
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan bilangan warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim yang terdapat di Negeri Selangor sehingga kini mengikut daerah-daerah
Berdasarkan sumber dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor pihak
kami tidak mempunyai direktori bilangan warga emas dan anak yatim bagi
keseluruhan negeri Selangor namun berikut adalah statistik penerima Bantuan
OrangTua bagi tahun 2007:
Berdasarkan rekod dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor seramai
27,362 orang kurang upaya telah berdaftar di seluruh negeri Selangor dari tahun
1990-2008.
— – – – – ——–
BANTUAN
BIL. DAERAH ORANG TUA
KES RM
1 Petaling 383 850,200.00
2 Klang 235 529,200.00
3 Gombak 115 212,800.00
4 Hulu Langat 257 604,000.00
5 Kuala Lanaat 218 525,400.00
6 Hulu Selangor 344 816,600.00
7 Kuala Selangor 103 233,200.00
8 Sepang 91 219,000.00
9 Sabak Bernam 390 655,400.00
JUMLAH 2136 4,645,800.00
Berikut adalah statistik bilangan OKU yang berdaftar mengikut daerah di
Selangor dari tahun 2005 -2008:
——- —-
TAHUN
DAERAH 2005 2006 2007 2008 (hingga Mac)
Petaling 917 621 786 1255
Klang 620 575 2728 95
Gombak 549 565 526 128
Hulu Langat 491 255 680 151
Kuala Langat 176 247 777 68
Hulu Selangor 170 331 240 247
Kuala Selangor 187 245 196 28
Sepang 124 281 370 6
Sabak Bernam 165 198 273 218
JUMLAH 3399 3318 6576 2196 -
Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai caruman Takaful bernilai RM2,500 kepada warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim yang telah disenaraikan seperti di atas?
Sama seperti di SUB(a)
-
Sila senaraikan jumlah peruntukan kewangan tersebut mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor
Sama seperti di SUB(a)