Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
333) CARUMAN PARIT JPS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status terkini Akaun Amanah Caruman Parit dan nyatakan butir-butirnya
Jumlah kutipan Akaun Amanah Caruman Parit sehingga 19 Mac 2015 adalah sebanyak RM 3,790,091.64. Daripada jumlah kutipan tersebut sebanyak RM 457,112.65 telah dibelanjakan bagi tempoh Januari hingga Mac 2015.
-
Senaraikan jumlah caruman parit dikumpulkan dan dibelanjakan mengikut daerah pada tahun 2013 dan 2014
Caruman Parit yang diterima tidak dikumpulkan mengikut daerah tetapi ianya dikumpulkan ke dalam satu akaun yang sama untuk keseluruhan negeri Selangor iaitu di bawah Akaun Amanah Caruman Parit. Berikut adalah senarai jumlah caruman parit yang dibelanjakan mengikut daerah pada tahun 2013 dan 2014 :
Bil Daerah Perbelanjaan (RM) 2013 2014 1 Gombak 3,744,050.00 3,782,361.88 2 Klang 718,110.34 1,781,226.53 3 Hulu Langat 1,285,190.00 465,586.42 4 Petaling 251,300.00 3,223,209.94 5 Sepang 669,366.00 2,204,110.53 6 Kuala Langat 2,314,440.00 520,290.00 7 Hulu Selangor 0 2,834,730.00 8 Sabak Bernam 0 775,898.00 9 Kuala Selangor 0 297,134.00 10 Ibu Pejabat 423,799.69 2,216,395.74 Jumlah Keseluruhan RM 11,101,676.03 RM 18,100,943.00