Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
179) CARUMAN KUBUR DAERAH HULU SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah caruman kubur untuk Daerah Hulu Selangor sehingga kini?
Berdasarkan kepada rekod bermula pada tahun 2016, baki awal tahun akaun caruman kubur bagi Daerah Hulu Selangor pada tahun 2016 adalah berjumlah RM860,324.00 dan jumlah caruman yang diterima dari tahun tersebut sehingga September 2022 adalah sebanyak RM2,541,808.00. Perinciannya adalah seperti berikut:
-
Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan mengikut agama?
Berdasarkan kepada rekod bermula tahun 2016, jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan bermula pada tahun 2016 sehingga September 2022 adalah sebanyak RM2,481,364.94 dan perbelanjaan mengikut agama/ bangsa adalah seperti berikut:
- Perbelanjaan melibatkan Tanah Perkuburan Islam adalah sebanyak RM2,134,613.79 bagi 29 tajuk kerja/ projek.
- Perbelanjaan melibatkan Tanah Perkuburan Cina adalah sebanyak RM310,238.35 bagi 7 tajuk kerja/ projek.
- Perbelanjaan melibatkan Tanah Perkuburan India adalah sebanyak RM36,512.80 bagi 1 tajuk kerja/ projek.
Perincian mengikut tahun adalah seperti berikut: