Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

26) CARA UNTUK DILIHAT SUPAYA PBT MENJALANKAN SATU SISTEM YANG DINAMIK MENGATASI MASALAH GERAI-GERAI TANPA LESEN DENGAN CARA BERPERIKEMANUSIAAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah cara untuk dilihat supaya PBT menjalankan satu sistem yang dinamik untuk mengatasi masalah gerai-gerai tanpa lesen dengan cara berperikemanusiaan?

    Peruntukan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Penjaja 2007 di bawah Bahagian 2 Pelesenan UUK 3 dilarang menjaja tanpa lesen iaitu tiada  seorang pun boleh bertindak sebagai penjaja tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melesen di bawah UUK ini. Antaranya ialah PBT telah menetapkan dasar penempatan peniaga-peniaga kecil atau penjaja di kawasan yang dibenarkan sahaja (zoning penjaja). Peniaga-peniaga yang berniaga di lokasi yang tidak dibenarkan kebiasaannya adalah peniaga- peniaga yang beroperasi tanpa lesen. Peniaga-peniaga tanpa lesen yang berniaga di bahu-bahu jalan atau lokasi-lokasi yang tidak sesuai ini tidak dipertimbangkan pengeluaran lesen kerana akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengundang masalah kepada penduduk setempat.

     

    Walaupun begitu untuk memberi ruang kepada peniaga-peniaga mencari rezeki berniaga secara kecil-kecilan, penjaja-penjaja ini digalakkan untuk memohon di tapak penjaja sementara yang disediakan oleh PBT selain memberi peluang berniaga di pasar malam/ pagi, tertakluk kepada kekosongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.