Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

166) CAPAIAN INTERNET DI KAWASAN LUAR BANDAR (DAERAH SEPANG DAN KUALA LANGAT)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menaik taraf capaian internet di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Pulau Meranti Tambahan, Sungai Merab, Desa Putra, Kg Limau Manis, Bukit Changgang, Labohan Dagang dan Olak Lempit?

    Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perancangan bagi menaiktaraf capaian internet di kawasan bandar dan luar bandar termasuklah di Daerah Sepang dan Kuala Langat. Menerusi pelan inisiatif JENDELA, penambahbaikan infrastruktur digital yang dilaksanakan secara berfasa akan memberikan kualiti pengalaman yang sama rata di seluruh Negeri Selangor.

    Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Smartsel bersama pemegang taruh sedang merangka perancangan Selangor Connectivity Master Plan (SCMP) dalam pelaksanaan digital infrastruktur bersepadu merangkumi:

    i. Menara telekomunikasi

    ii. Fiber optik

    iii. Internet of Things (IoT)

    iv. Kabel bawah laut

    v. Pusat data

Lampiran

Tiada Lampiran.