Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
171) CAPAIAN INTERNET
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu capaian internet di Gesir Ulu dan SKC, DUN Hulu Bernam?
Kerajaan Negeri melalui SMARTSEL Sdn Bhd telah dimaklumkan berkenaan isu capaian internet oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dimana 2 tapak telah diperuntukkan dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk menambah baik liputan internet di Gesir Ulu dan SKC. Manakala 2 buah menara telekomunikasi sedang dibangunkan di Kg Gesir Tengah dan Kg Seri Keledang yang dijangka akan beroperasi pada suku pertama 2024.
Dalam masa yang sama antara perancangan Kerajaan Negeri bersama SMARTSEL Sdn Bhd untuk memastikan kawasan luar bandar terutamanya di DUN Hulu Bernam menikmati akses capaian internet adalah dengan menaiktaraf infrastruktur fiber di 95 buah rangkaian Internet Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Untuk makluman, pelaksanaan Fasa 1 sebanyak 15 buah PPAS telah siap sepenuhnya di Sabak Bernam dengan kelajuan 50Mbps dan boleh ditingkatkan kepada 500Mbps. Manakala untuk DUN Hulu Bernam, 4 buah Perpustakaan Desa akan dinaiktaraf infrastruktur rangkaiannya secara berperingkat sekaligus dijadikan hub rangkaian untuk kawasan sekitar menikmati akses capaian internet berkelajuan tinggi apabila siap sepenuhnya kelak.
-
Bilakah isu ini dapat diselesaikan?
Kerajaan Negeri melalui SMARTSEL Sdn Bhd sedang menyediakan Pelan Induk Kesalinghubungan Selangor (SCMP) yang menjadi rujukan dalam menentu hala tuju pembangunan digital infrastruktur bagi memastikan perkhidmatan jalur lebar di bandar dan di luar bandar mahupun kawasan perindustrian dipercepatkan. Jangkaan pelaksanaan bagi pelan rancangan mahu pun inisiatif infastruktur rangkaian dibawah SCMP akan berjalan seiring dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bermula dari tahun 2022 hingga 2025.
Tumpuan akan diberikan kepada tiga perkhidmatan rangkaian utama iaitu rangkaian mudah alih, rangkaian tetap dan rangkaian tetap tanpa wayar yang melibatkan pembangunan infrastruktur seperti menara telekomunikasi, gentian optik, internet of things (IoT) serta pusat data dan ianya tidak terhad kepada contoh-contoh tersebut sahaja.
Dengan adanya SCMP, pemacuan ekonomi di Negeri Selangor akan dilengkapi dengan integrasi jaringan infrastruktur digital dan menjadi pemangkin kepada kawasan tumpuan diluar bandar dan juga perindustrian yang sekaligus memastikan peluang pekerjaan, perniagaan mahupun pendidikan digital dapat dilaksanakan dengan berkesan.