Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

121) CANTASAN POKOK DI SEKOLAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah PBT dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah untuk mencantas pokok?

    Pihak PBT tiada halangan untuk memasuki dan membantu sekolah melalui konsep kerjasama antara sekolah dan agensi bagi program seperti gotong

  2. Bolehkah PBT membantu sekira ada permintaan dari pihak sekolah?

    Semua pokok yang berada di dalam kawasan sekolah adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah sendiri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Ianya diluar bidang kuasa PBT untuk mengambil tindakan mencantas ataupun menyelenggara pokok-pokok

    Walaubagaimanapun PBT hanya akan memberi bantuan sekiranya pokok-pokok tersebut berada dalam keadaan berisiko tinggi seperti telah mati atau condong dan dilaksanakan secara in-house. Sekiranya ianya melibatkan peruntukan kewangan, ianya akan dipertimbangkan berdasarkan kemampuan peruntukan, memandangkan PBT perlu memberi keutamaan kepada penyelenggaraan pokok- pokok milik PBT sendiri di kawasan-kawasan pentadbiran bagi menyelesaikan aduan-aduan awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.