Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
191) CAJ TAKSIRAN BAGI TUJUAN AKTIVITI PERTANIAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kadar caj taksiran yang dikenakan bagi aktiviti pertanian di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berserta justifikasi?
Kadar cukai taksiran bagi aktiviti pertanian adalah mengikut keluasan dan aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut. Selain itu, PBT juga mengambil kira kategori yang ditetapkan oleh jabatan teknikal yang berkaitan dengan aktiviti tersebut sebelum mengenakan cukai taksiran. Kadar cukai taksiran mengikut PBT adalah seperti jadual berikut :
BIL PBT KADAR 1. MBSA 1% – 2% 2. MBPJ 5.5% 3. MPK 2.2% – 10.5% 4. MPAJ 1.1% 5. MPSJ 2% – 8% 6. MPS 4% 7. MPKj 1.1% 8. MPSp 4% 9. MDKL 1% 10. MDHS 1% 11. MDKS 2% – 3% BIL PBT KADAR 12. MDSB 1.5% – 2.5% -
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menimbang semula kadar caj yang dikenakan kepada industri pertanian ini?
Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menimbangkan semula kadar caj yang dikenakan ke atas industri pertanian berikutan kemungkinan tinggi akan berlaku kenaikan sekiranya dilaksanakan memandangkan nilai hartanah semasa adalah begitu tinggi jika dibandingkan dengan nilai hartanah ketika tahun aras nilaian