Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

120) CAJ PERMIT MEJA DAN CAJ KAKI LIMA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kah Kutipan Caj Permit Meja dan Caj kaki Lima di Majlis Daerah Kuala Langat untuk tahun 2015?

    Kutipan Permit Kaki Lima Tahun 2015 = RM 112,353.00

  2. Berapakah caj yang dikenakan untuk semua PBT di Selangor? Adakah ada keselarasan?

    Pekeliling Setiausaha Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) SPBT : KT Bil.6/2008, Garis Panduan Pengeluaran Permit Sementara Kakilima :

     

    • Fee atau jumlah bayaran yang ditetapkan seperti berikut :-
    1. Cagaran : RM50
    2. Bayaran fee : RM30 sebulan setiap meja
    3. Penggunaan skrin layar (projector screen): RM 30 sebulan bagi setiap

    Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan Dan Kesihatan Bil. 3 tahun 2013 bersetuju kadar berikut dikuatkuasakan :

    • Cagaran : RM50
    • Bayaran fee :
    • Meja & Kerusi : RM30/Meja/Bulan
    • Kaki Lima Meletak Barangan : RM50/1 Lot Premis/ Bulan

    Penggunaan skrin layar (projector screen): RM 30 sebulan bagi setiap

     

Lampiran

Tiada Lampiran.