Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

26) CAJ PEMBANGUNAN KEPADA PEMAJU

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon penjelasan mengapa pemaju tidak diminta untuk menyediakan kemudahan surau atau kemudahan awam sebelum sesuatu tempat kawasan itu dibuka?

    Merujuk kepada Garis Panduan Piawaian Perancangan seperti :-

     

    1. Surau – 0.5 ekar untuk setiap 2,500 penduduk atau 500 unit rumah
    2. Kemudahan Awam Tadika – 0.25 ekar untuk tanah rata

    Garis panduan ini digunakan di dalam memberi Kebenaran Merancang sesuatu pembangunan.

  2. Bagaimana hendak mengatasi masalah kepadatan penduduk bagi mendapatkan kemudahan awam seperti klinik, balai polis, balai bomba di kawasan Bandar Puncak Alam?

    Bagi kawasan Bandar Puncak Alam telah mempunyai rizab-rizab kemudahan awam seperti balai polis, balai bomba, sekolah rendah, sekolah menengah, tadika dan surau. Walau bagaimanapun, ianya masih belum didirikan sepenuhnya

Lampiran

Tiada Lampiran.