Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
186) CAJ PEMBANGUNAN KEPADA PEMAJU
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah caj pembangunan kepada pemaju yang dikutip dari 2013-2017 mengikut PBT?
Jumlah caj pembangunan kepada pemaju dari tahun 2013 sehingga Mei 2017 mengikut PBT adalah sebanyak RM 839,655,986.71 dan butiran pecahan adalah seperti di Jadual 1:-
PBT Jumlah Caj Pembangunan Yang Dikenakan Kepada Pemaju Tahun
2013 – Mei 2017
(RM) MBSA 314,886,221.75 MBPJ 39,413,270.92 MPK 82,058,124.40 MPAJ 8,839,399.91 MPSJ 59,471,109.55 MPS 69,765,670.93 MPKj 102,417,348.30 MPSp 85,076,908.95 MDKL 25,062,250.00 MDHS 7,246,666.00 MDKS 36,098,281.00 MDSB 9,320,735.00 Jumlah 839,655,986.71 Jadual 1: Caj Pembangunan kepada pemaju yang diikuti dari tahun 2013 sehingga Mei
2017 di PBT-PBT Negeri Selangor
-
Mengapakah caj pembangunan ini dikenakan dan manfaat kepada rakyat Selangor?
Caj pemajuan atau caj pembangunan dibawah Seksyen 32, Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 (Akta 172) merupakan bayaran yang dikenakan kepada pemajusekiranya terdapat Rancangan Tempatan (RT) atau Pengubahan Rancangan Tempatan di sesuatu kawasan PBT. Bagi Negeri Selangor, kadar caj pemajuan ini ditetapkan melalui Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010.
Tujuan utama caj pemajuan ini dikenakan adalah untuk menampung peruntukan sedia ada PBT dan seterusnya membantu di dalam mempertingkatkan infrastruktur dan membina baru serta membaikpulih kemudahan awam di kawasan PBT bagi keselesaan rakyat.