Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

49) CAJ PEMAJU PERUMAHAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional kerajaan negeri mengenakan caj pembangunan untuk setiap projek pembangunan bagi disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

    Rasional Kerajaan Negeri mengenakan Caj Pembangunan ialah supaya hasil yang dikutip dapat disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan pembangunan, menaik taraf dan membaik pulih kemudahan awam, infrastruktur dan lain- lain. Semua bayaran Caj Pemajuan yang diterima dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Caj Pemajuan selaras dengan peruntukan Seksyen 34(4) Akta yang sama.

  2. Berapa peratuskah caj pembangunan yang dikenakan bagi setiap projek pembangunan?

    Merujuk kepada Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010, Caj Pemajuan yang dikenakan adalah sebanyak 20% ( bagi Majlis Daerah) dan 30% (bagi Majlis Perbandaran dan Bandaraya) daripada kenaikan nilai tanah akibat perubahan penggunaan tanah jika tiada pengubahan Rancangan Tempatan, Perubahan ketumpatan dan Perubahan luas lantai dengan adanya pengubahan Rancangan Tempatan.

    Majlis Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Daerah
    30 peratus x

    Kenaikan Nilai Tanah

    30 peratus x Kenaikan Nilai Tanah 20 peratus

    Kenaikan Nilai Tanah

     

  3. Berapakah jumlah terkumpul sehingga kini untuk setiap PBT di Negeri Selangor?

    Berikut adalah jumlah terkumpul sehingga kini untuk setiap PBT di Negeri Selangor :

    Bil PBT Jumlah (RM)
    1 MBSA 3,333,424.85
    2 MBPJ 33,154,509.56
    3 MPK 33,612,699.60
    4 MPAJ 4,167,887.45
    5 MPSJ 26,611,903.50
    6 MPS 20,559,803.48
    7 MPKj 45,049,179.22
    8 MPSp 20,748,560.32
    9 MDKL 4,431,450.00
    10 MDHS 1,584,950.00
    11 MDKS 6,139,160.00
    12 MDSB 1,500,000.00
    JUMLAH 200,893,527.98

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.