Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
193) CAJ PARKING BERBAYAR DI LUAR BANDAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk mengecualikan caj parking PBT bagi daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam?
Keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 41/2020 yang diadakan pada 2 Disember 2020 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 42/2020 pada 9 Disember 2020 berkenaan Hala Tuju Pengurusan Tempat Letak Kereta PBT Negeri Selangor telah bersetuju agar Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor menguruskan sendiri parkir kenderaan di kawasan masing-masing. Berdasarkan kedudukan semasa, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengenakan bayaran caj parkir manakala Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) masih belum melaksanakannya. Walau bagaimanapun, MDSB telah mempunyai perancangan untuk mengenakan caj parkir sebaik sahaja semua infrastruktur kawasan tempat letak kereta di kawasan operasi MDSB telah ditambah baik.
Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan tidak berhasrat untuk mengecualikan kutipan caj tempat letak kereta di kawasan operasi setelah kenaan kutipan caj dilaksanakan. Ini adalah kerana kutipan caj tempat letak kereta adalah merupakan salah satu hasil utama kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Hasil tersebut disatukan dan dipulangkan semula manfaatnya kepada rakyat dalam bentuk pembiayaan projek-projek infrastruktur awam, penyelenggaran jalan dan sistem saliran, kutipan sampah, pemotongan rumput serta pelbagai jenis perkhidmatan lain kepada orang awam.