Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

42) CAJ AIR SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon penjelasan mengenai caj air sekarang yang dikenakan kepada pengguna: (i) Domestik (ii) Komersial

    Tarif purata air terawat ketika ini adalah pada kadar RM1.39/m3 berdasarkan kepada kadar yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 dan berkuat kuasa mulai 1 November 2006. Sejak itu, tidak ada kenaikan tarif selama 12

    Kadar Tarif air bagi kegunaan domestik adalah seperti berikut:-

    • 57 bagi penggunaan antara 0-20 meter padu
    • 03 bagi penggunaan melebihi 20 meter padu hingga 35 meter padu
    • 00 bagi penggunaan melebihi 35 meter padu
    • 00 adalah kadar bayaran minima sebulan Manakala bagi kegunaan komersial adalah seperti berikut:-
    • 07 bagi penggunaan antara 0-35 meter padu
    • 28 bagi penggunaan melebihi 35 meter padu
    • 00 adalah kadar bayaran minima sebulan
  2. Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi menjamin penerima Skim 20 Meter Padu Air Percuma terus kekal menikmatinya.

     

    1. Program pemberian bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama dengan nilai sebanyak RM11.40 setiap bulan kepada pengguna domestik yang bermeter individu telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2008. Program adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh

     

    1. Walaupun pada peringkat awal, program ini memberi penumpuan kepada golongan berpendapatan rendah, namun Kerajaan Negeri kemudiannya telah mengambil keputusan untuk memperluaskan pemberian kemudahan ini kepada semua penduduk Negeri Selangor tanpa mengira lapisan masyarakat dan pendapatan selagi mereka merupakan pengguna domestik yang menggunakan meter

     

    1. Semenjak dilaksanakan pada Jun 2008 sehingga 31 Disember 2017, program ini telah menelan belanja yang dianggarkan sebanyak RM1.6 bilion. Jumlah yang dibelanjakan untuk membiayai program air percuma ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Sehubungan dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya sedar bahawa kos yang perlu dibelanjakan bagi membiayai program air percuma ini amatlah tinggi, namun demi usaha untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, Kerajaan akan memastikan agenda peduli rakyat seperti ini akan terus

     

    1. Oleh yang demikian, usaha untuk memuktamadkan pengambilalihan SPLASH adalah perlu untuk dilaksanakan bagi mewujudkan satu industri perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif. Selaku operator tunggal, Air Selangor tidak lagi terikat untuk membayar Kadar Air Pukal, Fixed Monthly Payment dan Capacity Charge dan ini dapat mengurangkan kos operasi dan akhirnya dapat menjamin kadar tarif yang affordable serta meneruskan Program Pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada pengguna di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.