Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

5) CADANGAN PEMBINAAN PINTU KUNCI AIR PARIT 5 SEKINCHAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perkembangan terkini cadangan tersebut

    Untuk makluman, kajian dilaksanakan oleh perunding yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian dan tarikh siap adalah pada 31 Disember 2017. Pihak perunding telah mengemukakan cadangan beberapa rekabentuk dan lokasi bersesuaian bagi mengatasi masalah banjir kilat di sekitar kawasan tadahan tersebut dan memastikan kunci air yang akan dibina beroperasi dengan baik.

    Halangan yang dihadapi adalah tiada maklumat mengenai pembinaan struktur pintu kawalan air yang tidak berfungsi dan dibina sekitar tahun 80an oleh Projek Barat Laut Selangor (IADA). Lain-lain halangan buat masa ini dapat diselesaikan bersama.

    MAKLUMAT TAMBAHAN:

    Kunci air parit 5 sediada dibina oleh IADA Barat Laut Selangor dan sehingga kini tiada penyerahan kepada JPS untuk pemantauan gate tersebut. Projek tersebut telah dibina sekitar tahun 1982-1983 oleh Agensi IADA Barat Laut Selangor. Pintu air Tidal Control Gate (TCG) jenis roller aluminium gate tersebut dibina tujuan untuk mengalirkan air daripada sawah dan kawasan pekan sekinchan ke laut. selain itu, pintu air tersebut menggantikan pintu air Tidal Control Gate (TCG)  lama iaitu daripada jenis screw down gate. Punca Pintu air Tidal Control Gate (TCG) jenis Aluminium Roller Gate tidak berfungsi adalah akibat daripada timbunan pasir laut dihadapan pintu air Tidal Control Gate (TCG) yang terjadi akibat air laut pasang besar. Susulan itu, Pihak IADA Barat Laut telah membina sebuah pintu air TCG jenis Screw Down Gate di Parit 4 Sungai Burong bagi menampung pengeluaran kuantiti air dari kawasan Sekinchan termasuk pintu air TCG sediaada iaitu Parit 6 dan Parit 5.

  2. Sila nyatakan apakah halangan dan kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan dalam usaha merialisasikan cadangan pembinaan pintu kunci air tersebut?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.