Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

66) CADANGAN PEMBINAAN KUNCI AIR BARU PARIT 5 SEKINCHAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini cadangan tersebut

    Pada masa kini, pembinaan pintu kawalan air pasang surut adalah dalam proses pelantikan perunding termasuk kerja-kerja ukur serta kerja-kerja penyiasatan tapak (soil investigation) di Parit 5 Sekinchan.

  2. Sila nyatakan bilakah ianya akan dibina dan berapakah anggaran kos?

    Projek ini dijangkakan akan bermula pada tahun 2017. Anggaran kos projek termasuk pelantikan perunding adalah berjumlah RM7 juta.

  3. Sila nyatakan kenapa kunci air Parit 5 yang sedia ada tidak dapat berfungsi dan jumlah kos pembinaannya?

    Kunci air parit 5 sedia ada dibina oleh IADA Barat Laut Selangor dan sehingga kini tiada penyerahan kepada JPS untuk pemantauan gate Projek tersebut telah dibina sekitar tahun 1982 – 1983 oleh Agensi IADA Darat Laut Selangor. Pintu air Tidal Control Gate (TCG) jenis roller aluminium gate tersebut dibina tujuan untuk mengalirkan air daripada sawah dan kawasan Pekan Sekinchan ke laut. selain itu, pintu air tersebut menggantikan pintu air Tidal Control Gate (TCG) lama iaitu daripada jenis screw down gate. Punca pintu air Tidal Control Gate (TCG) jenis Aluminium Roller Gate tidak berfungsi adalah akibat daripada timbunan pasir laut di hadapan pintu air Tidal Control Gate (TCG) yang terjadi akibat air laut pasang besar. Susulan itu, Pihak IADA Barat Laut telah membina sebuah pintu air TCG jenis screw down gate di Parit 4 Sungai Burong bagi menampung pengeluaran kuantiti air dari kawasan Sekinchan termasuk pintu air TCG sedia ada iaitu Parit 6 dan Parit 5.

Lampiran

Tiada Lampiran.