Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
242) CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS PASAR MODEN 6 TINGKAT DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 1057, SEK U 19, PAYA JARAS TENGAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek pembangunan di atas?
Pihak Majlis dalam menyediakan beberapa pelan alternatif bagi cadangan pembinaan kompleks pasar moden ini dengan mengambilkira keperluan tapak padang bola sedia ada dan juga alternatif untuk pembinaan kompleks sukan integrasi bersekali dengan pembangunan pasar moden ini. Ia juga bergantung kepada kelulusan pewartaan tapak pasar moden yang dimohon kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling kerana ia melibatkan kawasan padang bola dan tapak pasar yang diambil untuk disatukan menjadi tapak pasar moden yang berkeluasan 4.32 ekar. Keterangan seperti berikut:
-
Apakah status terkini tentang pewartaan tanah tersebut dari Pejabat Daerah Tanah Petaling?
Pihak Majlis dimaklumkan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Petaling telah menyiapkan kertas pewartaan tapak pasar moden ini untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN untuk kelulusan perwartaan.