Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

352) CADANGAN PEMBANGUNAN PKNS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status Kebenaran Merancang bagi pembangunan baru di atas tanah seluas lebih 7 ekar milik PKNS di Kelab Golf Seri Selangor? Nyatakan butiran kemajuan cadangan pembangunannya.

    Untuk makluman, setakat ini PKNS tidak menghantar sebarang permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi tanah seluas 7 ekar milik PKNS di Kelab Golf Seri Selangor kerana tiada perancangan pembangunan baru. Walau bagaimanapun, PKNS sedang dalam proses kajian keberdayaan maju pembangunan di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.