Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

149) CADANGAN PEMBAIKKAN FLAT-FLAT DI BAWAH PKNS DI BANDAR SULTAN SULEIMAN DAN SRI PERANTAU

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Cat-cat di flat sudah pudar dan keadaan infra yang agak menyedihkan antaranya jalan yang rosak dan longkang yang tidak diselenggara.

    Pangsapuri Bandar Sultan Suleiman

    Pangsapuri Bandar Sultan Suleiman terdiri daripada 31 Blok dan Pangsapuri tersebut mula didiami pada tahun 1988. PKNS sedia maklum berkaitan cat yang sudah pudar serta keadaan jalan dan longkang yang kurang memuaskan.

    PKNS menghadapi sedikit kesukaran dalam melaksanakan penyelenggaraan berikutan kutipan wang penyelenggaraan yang kurang memuaskan dan PKNS terpaksa membuat penyelenggaraan terhadap aduan yang lebih serius seperti kebocoran bumbung, kebocoran dinding dan mainhole tersumbat terlebih dahulu. Kadar bil penyelenggaraan sebulan adalah RM20.00 dan tunggakan bil Penyelenggaraan (MC) sehingga Julai 2021 adalah sebanyak RM400,279.00.

    Pangsapuri Seri Perantau

    Pangsapuri Seri Perantau mengandungi 2 fasa seperti berikut:

     Fasa 1 – 6 Blok A – F mengandungi 768 unit mula diduduki pada awal 2004
     Fasa 2 – 6 Blok G – L mengandungi 888 unit mula diduduki pada awal 2006

    Badan Pengurusan bersama (JMB) bagi Blok B,C,D,E dan F tel ah ditubuhkan pada 24 Ogos 2008 dan mula mengambil alih pengurusan pangsapuri pada1 Disember 2009. Bermula Jun 2016 sehingga kini, Pangsapuri tersebut adalah dibawah selian Syarikat Island Property Consultants (IPC) Sdn Bhd sebagai ejen dan PKNS tidak lagi membuat sebarang kutipan wang penyelenggaraan (MC) serta kerja-kerja penyelenggaraan.Tunggakan bil Penyelenggaraan (mc) sehingga Jun 2016 (di bawah pengurusan PKNS) adalah sebanyak RM1,763,191.00.

     Sumbangan yang pernah diberikan kepada Pangsapuri Seri Perantau

    1. Program membaikpulih di pangsapuri Seri Perantau secara percuma tanpa perkongsian kos melalui program “Smartlife” bagi kerja-kerja baikpulih lif di Blok A hingga L dengan anggaran kos berjumlah RM8,175,761.94 (termasuk 6% GST) pada Julai 2017.

    2. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukan sejumlah RM3,500,000.00 bagi membaikpulih kemudahan di 6 Blok pangsapuri Seri Perantau pada tahun 2018. Peruntukan diberikan untuk membaikpulih tangki air yang pecah, membaiki bumbung, saluran paip dan sistem kumbahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.