Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
86) CADANGAN MENGADAKAN MATA PELAJARAN KHAS KEIBUBAPAAN DAN PENDIDIKAN ANAK DI SEKOLAHSEKOLAH DI BAWAH KAWALAN NEGERI SELANGO
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memandangkan kes-kes anak derhaka, penagihan dadah, melakukan jenayah, gengsterisme semakin bertambah, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memasukan mata pelajaran Pendidikan Keibubapaan dan Pendidikan Anak di sekolah-sekolah Negeri Selangor berteraskan ajaran Islam?
Kerajaan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mewujudkan sebarang mata pelajaran dalam silibus pembelajaran di sekolah. Penggubalan mata pelajaran dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan
-
Jika ya, sila nyatakan perancangannya, jika tidak, nyatakan alternatifnya
Jawatankuasa Tetap Pendidikan buat masa ini tidak mempunyai cadangan tersebut. Namun begitu bagi meningkatkan kemahiran keibubapaan Jawatankuasa Tetap Pendidikan telah melaksanakan beberapa siri Pendidikan Keibubapaan melalui program Smart Parenting. Program Smart Parenting yang terkini telah dilaksanakan pada 8 November 2017 bersempena Karnival Pendidikan